Friday, April 15, 2016

Gerimis Kasih Kita 27 (i)



Pintu dikuak dari luar tika suara emak masih kedengaran di hujung talian. Sempat aku menoleh sekilas sebelum kembali berbalas kata dengan emak. 
Dia menapak masuk. Bibirnya bergayut senyum bila mana kerlingan sekilasku bersabung dengan pandangan matanya. Sekilas ... tetapi seakan terbias aura semacam pada senyuman dia. Senyum gatal.
Cuba buat tak endah. Berbual dengan emak seolah-olah aku seorang diri di situ dengan anak mata terus menentang dinding bilik. Posisi duduk juga tidak berubah, masih di birai kiri katil dengan kaki berjuntai ke bawah. Tanpa dijemput, terasa aura lain mendatangi. Tapi aku bekukan diri, tenangkan perasaan yang mula berkecah.
Suara emak masih kedengaran, tetapi aku makin tak pasti butir bicaranya. Lebih haru bila dia melabuhkan duduk di sampingku. Terasa mukanya ditala tepat menghadap mukaku.
Dapat aku rasakan cool  yang aku seru-serukan makin jauh berterbangan pergi. 
Telinga tak dapat dengar dengan jelas apa yang emak perkatakan, melainkan satu saja – salam. Lalu suara emak hilang dan talian mula berdengung.
Haish ... Mak ni .. macam tahu-tahu saja kat sini macam mana. Kalau mak cakap panjang lagi kan bagus, boleh aku buat bodoh dengan telefon di telinga sampai ke sudah, biar dah tak tahu mak cakap apa pun.
Aku letak telefon di atas almari hujung kepala katil. Belumpun sempat telefon tu selamat mendarat, terasa sesuatu terlebih dahulu mendarat di bahu.
Kan dah cakap! Menggatal tak sudah.
“Hmm ... dia buat dah .. perangai gatal dia. Tepi, la.” Cuba turunkan kepala dia dari bahu. 
Harap sajalah, mana mungkin dia buat begitu, makin disembamkan mukanya adalah. Siap tangan melilit pinggang pulak.
“Gatal dengan orang ni aje.” Selamba dia membalas. Sebab dia tahu Nurul Anis takkan lempang atau tumbuk, apalagi tendang dia walaupun dia buat begitu.
“Hee ... tepi, tepi. Rimas, tau tak?” 
Rasa merdu menggoda saja suara tu di pendengarannya. Membuatkan dia berani mencium pipi wanita itu. Kemudian, dia dengar Nurul Anis terjerit perlahan, dan dia pasti sepasang mata itu turut membulat. Ketawa dia dengan reaksi sebegitu.
I love you.”
Lilitan tangannya diperkemaskan. Mukanya terus disembamkan ke bahu Nurul Anis, membenarkan desah nafas panasnya menghinggapi kulit mulus wanita itu.
I miss you.”
Dia makin tenggelam dibawa emosi. Diperkemaskan rangkulannya, membawa wanita itu turut terbuai bersama emosinya.

No comments:

Post a Comment